SEGMEN APA ADA DALAM HANDBAG




*click the handbag yoww*

Assalamualaikummmm... last minute punye penyertaan nih. Segmen ni di adakan oleh  Tangan Punya Kerja.
Even mata aku dah rabun -  rabun sebab mengadap laptop 1 harini, 
aku masih gagahkan mata aku untuk taip entry ni jugak hwahwahwa.
Ni mase tengah taip n tadi laptop aku hangggg pulak. Terus aku cabut wayar, on balik.
Nasib baik ade kat draft entry ni heheh.
Aku saje je nak join..sambil asah bakat men dodol menggunakan Excel.
*SAYA BUDAK BARU BELAJAR*




Ni la handbag den, e'ehh tak semonggah betul lukis. Burokk haha.
Baru je pakai dalam 6 bulan. Elok je lagi. Besa, den suko. Leh campak macam-macam. Nak isi baju pun boleh!So jom usha ape yang ada dalam handbag den ;)



Nahhh, penat taw lukis. Sampai rabun - rabun mata. Mata aku ni masalah sikit bile mengadap laptop lama sangat. Ah, engkorang kalau mengadap laptop lame - lame pun mate sakit ye dak?
Ini adalah barang-barang yang HARUSSS ada dalam handbag aku setiap kali nak kelaur.

  1. Handphone Vivaz
    Dah lama dah pakai ni. Dekat 2 tahun. ok, bagi aku 2 tahun tu cukup lama ok sebab aku ni pesen suka tuka-tuka handphone. Handphone ni pakai Sim Maxis. Tapi dah takde function pape pun. Gune pun sebab time emergency je.
  2. Handphone Xperia J
    Hantu setan segala social network ada dalam ni, maka leka lah manusia sibuk bersosial dengan rakan-rakan alam maya mereka..termasuk lah aku. Ni wajib ada ni! Sebab pakai sim Celcom yang super jmat. Jimat nak call orang, nak sms pun jimat.Yelaa...tak semua orang yang kite nak contact tu pakai whtsapp/wechat/and viber kannn
  3. Beg Paris
    Dalam beg kecik aku legokan segala alat solek.Aku bukan la gemar bersolek, cukup la setakat ada Eyeliner, lipstick Silky Girl tu, Mascara pun jarang-jarang pakai. Beg ni aku beli pakai voucher buku masa tahun lepas kikiki.
  4. Pendrive Kingston
    Wajib bawak. Mane lah tau nak sedut apa-apa nanti, nak transfer document ke, nak print ke hape ke. Nampak little monster kaler oren tu? Tu kawan aku bagi tu.Comel je kau tegantung kat situ haha
    .
  5. Artline Pen
    Pen ni saje je selit dalam beg, ne tau datang mood nak melukis. Ni yang murah punye. Sebab tu aku gune sekali untuk tulis pape haha.
  6. Bill Book
    Penting sebab aku berniaga online, jadi aku kene check pada bill sape yang dah bayo,sape yang belum setiap kali nak amik and pos barang.Walaupun kadang-kadang aku tak bagi resit tu kat dieorang.
  7. Buku Nota
    Just untuk catat order, takut ade yang terlepas pandang masa pegi amik stock,tak pun buat kira-kira. psttt, aku takde calculator.HAHAH sebab tu aku kira manual tak pun gune handphone je.
  8. Bag Lagi
    Hah ni bag segala harta karun kabel usb, pendrive, handsfree, modem, charger, semua aku boh dalam ni. Dah lama aku pakai ni, beli dari tahun 2010 lagi taw. Last memory with PTSS.cehhhh
    Bag ini adalah benda wajib bawak jugak.
  9. Handsfree
    In case bosan dalam bas, bosan menunggu, bosan dengan segala benda la bile keluar.
  10. Purse
    Purse i takde jenama uolss. I pakai yang biasa-biasa jer. Ni kalau tak bawak memang gile la.
    IC, lesen, atm kad duit semua kat dalam tu kottt.
  11. Perfume
    Halah-halah perfume beso gabak nih. In case tetiba dah seharian keluar, dah berpeluh, sembor je la. Ni beli masa keluar dengan BFF, beli dekat Alamanda. Die kate bau ni ok. Aku sebat je la.Aku pun tak tahu kenapa aku suke beli yang botol besa-besa. Macam masa pakai Can Can dulu pun sama, penutup die selalu hilang dalam bag.


    Hahhhh, dah abis sudah entry saye. Sekarang boleh la bagi mata saya rehat. Cik Tangan Punya Kerja ada masa usha la page shope saye ye hihihi. Bbye :)







2 comments:

♥ CIKZEK ♥ said...

uishhh jd henbeg serbaguna sudaaa. hehehehe :)

salam kenal ^^

Hidayah said...

+CIKZEK kikiki tahu xperrr